Sunday, 1 April 2012

Antara kerja Office hour dan Shift

Assalamualaikum kepada sahabat pembaca..

CCM hari ni nk berkongsi pengalaman tentang waktu kerja yang berbeza-beza di antara kita. CCM sendiri pernah merasai suasana kerja office hour dan kerja shift sendiri. Disini CCM ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai kelebihan dan keburukan waktu kerja office hour dan shift:

Kelebihan office hour
1. Biasanya kerja office hour mempunyai rutin yang tetap, kalau mengikut pengalaman CCM waktu kerja bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang. CCM pernah merasai suasana pekerjaan seperti ini selama 3 bulan. Kelebihan yang paling seronok disini adalah segala aktiviti boleh dilakukan di waktu malam bersama keluarga. Di samping itu juga, hari sabtu dan ahad semestinya cuti dimana peluang ini lah kita luangkan masa untuk ke tempat-tempat yang dirancang bersama kawan-kawan dan keluarga.Kepada sahabat-sahabat yang merasai waktu kerja ini kebanyakanya tidak mengalami masalah tidur kerana waktu kerja adalah statik. 

Kelebihan kerja shift
1. CCM sendiri pernah juga merasai waktu kerja shift selama hampir satu tahun di syarikat swasta dan sekarang pun masih mengalami waktu kerja sedemikian. kalau diikutkan waktu kerja sering berubah-rubah seperti dari pukul 3 petang sampailah 12 malam dan ada juga dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. Kepada mereka yang tidak biasa semestinya mengalami masalah tidur, ini juga terjadi kepada CCM pada 2 bulan pertama. Kelebihan kepada pekerja shifter ini dapat menggunakan masa pagi untuk menguruskan hal-hal rasmi di pejabat-pejabat kerajaan yang hanya beroperasi pada waktu rasmi. (9am - 5pm).

-CCM akan sambung kekurangan waktu kerja office hour dan shifter pada post yg berikutnya..assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment